1 Malaysia

Read More......

< Read More......

Perpaduan Rakyat Malaysia

Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman & damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lagi Di kawasan Sabah serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini supaya kestabilan negara dapat diperoleh.
Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan yang dijalankan akan dipaparkan di dalam blog ini supaya masyarakat sedar betapa pentingnya perpaduan dalam menjayakan misi negara.

Kita mesti bersatu padu dalam merealisasikan & menjayakan Wawasan 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara industri yang maju setanding dengan negara-negara maju di dunia. Selamat membaca!
Read More......

Video Perpaduan rakyat Malaysia

video

Untuk melihat lagi video mengenai perpaduan rakyat Malaysia, klik Video Perpaduan Malaysia di bar sebelah (side bar). Pelbagai video mengenai keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah disediakan. Selamat menonton!!
Anda boleh memuatturun (download) video tersebut.
Read More......

Pengenalan

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Read More......

Dasar Perpaduan

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
Read More......

Dasar-dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan

1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

4) SUKAN ALAT PERPADUAN Read More......

1)DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.

-Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempuyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.
Read More......

1) DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan mengugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walaubagaimanapun, ordina ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopor penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Taib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.

Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.
Read More......

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan ?

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
Read More......

2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. Read More......

3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.

Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrwarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Read More......

4) SUKAN ALAT PERPADUAN

Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.

Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. Read More......

TARGET NEGARA MAJU 2020

Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.

Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita.Beliau mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.

Target:
Menjadikan Malaysia sebagai negara industi maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.

Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.



Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang pelu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat ‘checklist’ bagi cabaran yang diatasi utuk merealisasikan Wawasan 2020.

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.

3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.

5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.

6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.

7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.

8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.

9. Memupuk & membina masyarakat makmur.

Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.
Read More......

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.
Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.
``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya kepada pemberita pada 15 Disember 2007.
Read More......

KEJAYAAN DEMOKRASI MALAYSIA JADI CONTOH – Berita Harian

KEJAYAAN Malaysia mengekalkan dasar demokrasi berparlimen sejak mencapai kemerdekaan 51 tahun lalu dengan kesinambungan kemakmuran ekonomi dan keamanan di kalangan rakyat pelbagai bangsa menjadi inspirasi kepada negara dunia ketiga, khususnya anggota Komanwel.

Naib Presiden Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), Samuel John Sitta, berkata suasana Malaysia bertepatan dengan asas penubuhan CPA yang menekankan perpaduan di kalangan pelbagai bangsa kaum dan agama.

“Kebanyakan anggota Komanwel terutama negara Afrika, dibelenggu perang saudara, masalah perkauman dan keganasan yang melumpuhkan ekonomi.
“Isu ini kita tidak boleh selesaikan bersendirian, sebaliknya perlu ada model untuk dijadikan ikutan dan saya percaya Malaysia boleh memainkan peranan membantu rakan Komanwel mengatasi krisis dalaman seumpama ini,” katanya, di sini semalam.
“Kita sebagai ahli Parlimen harus menggesa kerajaan masing-masing menggubal dasar yang menyokong usaha ini,” katanya dalam ucapan terima kasih kepada tuan rumah Persidangan Parlimen Komanwel Ke-54, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Hadir sama, Setiausaha Agung Persatuan Parlimen Komanwel (CPA), Dr William F Shija; Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sidang 10 hari bermula Sabtu lalu bertema 'Memperluaskan Peranan Parlimen Peringkat Global: Menangani Isu Alam Sekitar, Pembangunan dan Keselamatan' itu disertai kira-kira 800 ahli Parlimen dari 57 negara anggota Komanwel.

Kata Sitta, perubahan iklim dunia yang mencetuskan bencana alam seperti taufan, banjir, kemarau, peningkatan paras laut serta pemanasan global sudah cukup memeritkan kehidupan dan tidak perlu diburukkan lagi dengan perbalahan sesama manusia.
Katanya, usaha bersepadu perlu digerak secepat mungkin untuk mewujudkan kerjasama peringkat antarabangsa bagi memastikan pembangunan mapan ekonomi sejagat.

Sitta, yang juga Speaker National Assembly of Tanzania, turut mengucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke-51 pada 31 Ogos ini.
Read More......

DEMOKRASI BERPARLIMEN MALAYSIA PILIHAN ANGGOTA KOMANWEL


MALAYSIA terus gah di pentas politik antarabangsa. Kali ini, negara kita menerajui 57 anggota negara Parlimen Komanwel (CPA) apabila Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi tempoh tiga tahun, sekali gus membuktikan kewibawaan dan keupayaan ahli Parlimen negara ini di peringkat dunia.
Ini selaras dengan prinsip Parlimen Malaysia dalam membawa sistem demokrasi berparlimen kelas pertama. Kejayaan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan sistem demokrasi kepimpinan tinggi buat harapan dan masa depan CPA.
Sejarah CPA menyaksikan setiap pertandingan adalah dalam suasana keluarga dan hampir 70 tahun CPA diterajui oleh United Kingdom iaitu sejak ia diwujudkan pada 1911.
"Hanya sejak tiga tahun lepas, CPA dipimpin pengerusi dari India (Bengal Barat), jadi ramai yang berpandangan sudah sampai masanya Asia Tenggara juga diberi peluang memimpin di peringkat antarabangsa," kata Mohd. Shafie dengan wajah yang ceria.
Ini kali pertama Malaysia mencalonkan wakil bagi jawatan Pengerusi Jawatan Eksekutif CPA dan satu harapan besar dipertaruhkan. Mohd. Shafie berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk mengangkat martabat negara, tidak akan menghampakan negara dan wilayah yang diwakili. Tanggungjawab yang paling berat adalah membetulkan persepsi negatif negara luar terhadap Malaysia.
Perkara ini menunjukkan bahawa cara demokrasi berparlimen negara kita menjadi pilihan anggota negara Parlimen Komanwel (CPA). Perpaduan yang diwujudkan berjaya menambat hati negara-negara Komanwel.
Read More......