1)DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.

-Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempuyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.

Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum & sekaligus mengugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.

2 comments:

Jelitayu said...

dasar pendidikan beraspirasi nasional , cdgn baru dari jabatan pelajaran perak, cube lorhh kupas .. i tak dpt wider view sal dasar ni.. thanx ! ;) (Haz)

Unknown said...

Sekarang dah 2018